Translate

Tuesday, March 28, 2017

Terengganu dapat khidmat percuma jurutera baiki masalah amphicoach ditempah di Malta

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu bersetuju dengan tawaran wakil rakyat pembangkang untuk memberi perkhidmatan percuma penghantaran jurutera bagi membaiki masalah hidraulik amphicoach (bas amfibia) yang kini masih berada di negara pengeluar, Malta.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, hasrat Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Burok) untuk membiayai dua jurutera bagi membaiki masalah hidraulik amphicoach yang telah dipesan kerajaan negeri sejak tahun 2012 tersebut amat disambut baik.
Beliau berkata, penghantaran jurutera yang dibiayai sepenuhnya oleh Syed Azman itu akan diuruskan Jabatan Kerja Raya negeri pada masa terdekat.
"Saya ingin tegaskan, kelewatan penghantaran amphicoach yang sepatutnya tiba di negeri ini pada tahun 2015 tidak melibatkan sebarang kerugian kepada kerajaan negeri.
"Penangguhan yang berlaku tidak langsung melibatkan tambahan kos, harga (amphicoach) masih lagi seperti dipersetujui dahulu," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-13 di sini hari ini.
Terdahulu, sewaktu menjawab soalan lisan Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN-Air Putih), Ahmad Razif memberitahu, amphicoach terbabit dijangka diserahkan kepada kerajaan negeri pada Jun depan. - K! ONLINE


No comments:

Post a Comment