Translate

Friday, May 5, 2023

Op Manis dilancar stabil bekalan gula Pantai Timur

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA NERUS – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melancarkan Op. Manis bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan gula di Pantai Timur sejak musim perayaan Aidilfitri baru-baru ini.

Ketua Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, pemborong gula di Terengganu dan Kelantan telah diarahkan mengagihkan bekalan ke sektor peruncitan dengan segera dalam tempoh seminggu.

“Berdasarkan perbincangan dengan dua syarikat pengeluar terlibat, saya yakin bekalan gula di dua negeri tersebut bakal kembali stabil dalam masa terdekat.

“Beberapa syarikat lain juga menawarkan untuk membantu sekiranya bekalan gula (di Pantai Timur) tersebut tidak mencukupi,” katanya ketika memantau bekalan gula di sebuah syarikat pemborong di Gong Badak di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan masalah kekurangan bekalan gula yang sudah berlarutan hampir dua minggu telah menjejaskan ramai golongan peniaga dan pengusaha premis makanan di Terengganu dan Kelantan.

Azman berkata, pemborong dan peruncit diingatkan agar tidak mengenakan sebarang syarat tambahan seperti belian atas belian barangan lain terhadap jualan gula kepada pengguna.

Tambah beliau, harga sepaket gula pasir kasar juga tidak boleh melebihi RM2.80 kerana ia merupakan barangan kawalan.

“Setakat ini, kita telah menerima 11 aduan berhubung kesalahan penjualan gula seperti menjual melebihi harga ditetapkan. Kesemuanya di Kelantan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment