Translate

Thursday, May 25, 2023

Gempar kereta Perodua Myvi terbabas hampir rempuh restoran

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Puluhan pelanggan sedang menjamu selera di sebuah restoran di Jalan Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas di sini malam tadi gempar apabila premis makanan itu hampir dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi yang hilang kawalan.

Dalam kejadian pada pukul 11.30 malam tersebut, kereta Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 26 tahun tersebut terbalik di hadapan restoran terbabit.

Salah seorang saksi, Mohamad Hafizol Naim, 27, berkata, sewaktu kejadian, dia yang merupakan pekerja restoran berkenaan sedang bekerja membasuh pinggan di bahagian belakang premis itu.

“Saya tiba-tiba mendengar bunyi dentuman kuat di hadapan restoran sebelum sebahagian pelanggan menjerit ketakutan.

“Difahamkan, kereta Perodua Myvi terbabit tiba-tiba hilang kawalan sebelum meluru ke arah restoran lalu merempuh sebuah kereta milik salah seorang pelanggan dan terbalik,” katanya di sini hari ini.

Mohamad Hafizol berkata, dia difahamkan pemandu kereta Perodua Myvi itu dalam perjalanan pulang rumahnya di Kampung Gelugor berhampiran selepas selesai bermain futsal di pusat bandar raya.

Tambahnya, lelaki yang memandu kenderaan terbabit mengalami beberapa kecederaan akibat kemalangan itu sebelum dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk menerima rawatan.

“Mujurlah kereta itu tidak merempuh masuk restoran yang penuh dengan pelanggan pada masa tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment