Translate

Saturday, May 13, 2023

Dua hutan di pesisir pantai Setiu seluas 10 hektar habis terbakar

 

SETIU – Dua hutan yang terletak di pesisir pantai daerah ini musnah dalam kebakaran berasingan sejak malam kelmarin. 

Kebakaran melibatkan Hutan Rhu Sepuluh dan Hutan Merang itu mula dikesan kira-kira pukul 9 malam dan setakat ini telah memusnahkan kawasan seluas 10 hektar. 

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Mohd. Mazimi Mohamad berkata, kebakaran di Hutan Merang telah berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 2.30 pagi semalam.

 “Kebakaran telah berjaya dipadamkan menggunakan lima tangki air yang telah dibawa dengan kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux dan Mitsubishi Triton. 

“Kerja-kerja pemadaman melibatkan 32 anggota bomba dari lima balai bomba di daerah ini, Kuala Nerus, Besut dan Kuala Terengganu,” katanya di sini semalam. 

Jarak antara Hutan Merang dan Hutan Rhu Sepuluh yang terletak di jajaran pesisir pantai daerah ini ialah kira-kira 23 kilometer. 

Bagaimanapun kata Mohd. Marmizi, kerja-kerja pemadaman kebakaran sedang giat dijalankan di Hutan Rhu Sepuluh. 

Jelas beliau, pihak bomba menjangkakan api kebakaran di hutan itu hanya dapat dikawal hari ini.

No comments:

Post a Comment