Translate

Wednesday, May 31, 2023

UniSZA, JUST jalin kerjasama

 

KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjalin kerjasama penyelidikan dengan sebuah institut pengajian tinggi di Jordan, University of Science and Technology (JUST). 

Naib Canselor UniSZA, Prof Dr. Fadzli Adam berkata, kerjasama itu melibatkan penyelidikan dalam bidang biosumber dan teknologi makanan, farmasi, informatik dan komputeran, perniagaan dan pengurusan serta sains kesihatan. 

“Projek penyelidikan ini menerima geran padanan yang dipohon menerusi Education Malaysia Jordan.

 “JUST merupakan institusi pengajian tinggi Jordan yang mempunyai pengkhususan sama dengan UniSZA iaitu sains sosial, sains kesihatan dan sains komputer,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani Perjanjian Induk Penyelidikan secara dalam talian di sini semalam. 

Pada majlis tersebut, UniSZA diwakili oleh Fadzli, manakala Naib Presiden JUST, Prof. Wael Tyfour pula mewakili universiti itu. 

Kerjasama penyelidikan itu juga membolehkan dua universiti tersebut memanfaatkan kepakaran ahli akademik masing-masing bagi menangani cabaran saintifik yang kompleks.

 “Ia memupuk pertukaran metodologi penyelidikan, amalan terbaik dan wacana intelektual yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua institusi pengajian tinggi ini,” katanya

No comments:

Post a Comment