Translate

Sunday, May 7, 2023

Masih banyak emas tersimpan di bumi Terengganu

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Tiada­ usaha untuk menjalankan akti­viti perlombongan bagi mengeluarkan mineral emas secara besar-besaran di Terengganu. 

Timbalan Pengarah (Pemba­ngunan) Pejabat Tanah dan Galian Terengganu, Adnan Abdullah berkata, setakat ini perlombo­ngan emas hanya dibenarkan di Rusila, Marang dan Sungai Tarom, Setiu melibatkan kawasan melebihi 342 hektar. 

“Lesen diberikan kepada anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (Permint) dan seorang tuan tanah di Rusila,” katanya. 

Menurut Adnan, lesen mendulang telah dimansuhkan pada 1990 ekoran tragedi di Lubuk Mandi. 

“Jika ada yang melakukannya, bermakna ia dibuat secara haram dan boleh dikenakan tindakan,” katanya. 

Tambahnya, perbuatan mendulang emas secara haram bukan sahaja memberi kerugian hasil kepada kerajaan negeri malah membahayakan nyawa.

 “Kita tak mahu kes di Setiu pada tahun lalu berulang,” katanya.




No comments:

Post a Comment