Translate

Friday, May 5, 2023

Nelayan Thailand disyaki terjatuh laut

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Seorang nelayan warga Thailand dikhuatiri hilang akibat terjatuh ke dalam laut berhampiran Jeti Pulau Kambing di sini semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Suttiprapha, 52, dikatakan terjatuh sewaktu bot nelayan tempatan dinaikinya sedang memudiki Jeti Pulau Kambing pada pukul 2.30 petang.

Pengarah Maritim Malaysia Terengganu, Kepten Maritim Mohd. Khairulanuar Abd. Majid berkata, kehilangan lelaki yang berasal dari Kalasin, Thailand hanya disedari tekong bot terbabit sebaik merapat ke jeti berkenaan.

“Sebelum hilang, mangsa yang merupakan kru bot nelayan tempatan terbabit memakai baju berwarna biru dan seluar hitam.

“Kehilangan terus dimaklumkan tekong bot nelayan kepada APMM sebelum operasi mencari dan menyelamat diaktifkan,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Khairulanuar berkata, kerja-kerja pengesanan sedang dilakukan aset APMM seperti kapal maritim dan bot yang sedang melakukan pemantauan rutin di sekitar lokasi mangsa dikhuatiri terjatuh.

Tambah beliau, setakat ini, kawasan pencarian sedang dilakukan dalam lingkungan 20 batu nautika dari perairan Pulau Kambing. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment