Translate

Tuesday, May 9, 2023

Nelayan hilang terjatuh laut

 

Oleh MOHD. AZLI ADLAN 

KUALA TERENGGANU – Seorang nelayan dikhuatiri hilang selepas terjatuh ke dalam laut berhampiran Jeti Pulau Kambing di sini kelmarin. 

Mangsa dikenali sebagai Suttiprapha, 52, yang merupakan warga Thailand dikatakan terjatuh sewaktu bot nelayan tempatan dinaikinya sedang memudik ke Jeti Pulau Kambing pada pukul 2.30 petang.

 Pengarah Maritim Malaysia Terengganu, Kepten Maritim Mohd. Khairulanuar Abd. Majid berkata, kehilangan lelaki yang berasal dari Kalasin itu hanya disedari tekong bot terbabit sebaik menghampiri ke jeti berkenaan.

 “Sebelum hilang, mangsa yang merupakan kru bot nelayan tempatan memakai baju berwarna biru dan berseluar hitam. 

“Kehilangan lelaki warga asing itu terus dimaklumkan tekong bot nelayan kepada Maritim Malaysia (APMM) sebelum operasi mencari dan menyelamat diaktifkan,” katanya di sini semalam. 

Mohd. Khairulanuar memberitahu, kerja-kerja pengesanan sedang dilakukan aset APMM seperti kapal maritim dan bot yang sedang melakukan pemantauan rutin di sekitar lokasi mangsa dikhuatiri terjatu

 Tambah beliau, setakat ini, kawasan pencarian sedang dilakukan dalam radius kira-kira 20 batu nautika dari perairan Pulau Kambing

No comments:

Post a Comment