Translate

Friday, May 5, 2023

Lapan cedera kemalangan 4 kenderaan di Marang

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Lapan individu dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 27, Jalan Kuala Terengganu – Kuantan berhampiran Pulau Kerengga di sini hari ini.

Kemalangan pada pukul 4.40 petang itu turut melibatkan sepasang suami isteri dan dua anak mereka serta tiga wanita yang menaiki dua kenderaan berasingan.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Md. Dris berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca selepas sebuah kereta Proton Saga dinaiki seorang lelaki bersama tiga wanita dari arah Kuala Terenganu tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan.

“Kereta Proton Saga itu kemudiannya telah merempuh sebuah kereta Perodua Myvi dinaiki sepasang suami isteri bersama dua anak mereka,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Zain berkata, impak rempuhan itu menyebabkan kereta Perodua Myvi terbabit berpusing lalu melanggar pula kereta Perodua Bezza yang berada di belakangnya.

Tambah beliau, kereta Perodua Bezza yang dinaiki dua lelaki tersebut juga dilanggar sebuah kereta Proton Wira di belakangnya yang gagal mengelak.

“Lapan individu yang cedera masing-masing menaiki kereta Proton Saga dan Perodua Myvi itu telah dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

No comments:

Post a Comment