Translate

Monday, May 29, 2023

Manfaat YGMB bantu guru hidap penyakit kritikal

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Manfaat Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) sebanyak RM25,014.84 amat bererti buat seorang guru Bahasa Melayu yang menderita kanser lymphoma tahap tiga.

Mohd. Zuhairi Abdul Latif, 53, yang merupakan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar berkata, manfaat tersebut akan digunakan untuk kos rawatan dan perbelanjaan keluarganya.

“Saya menyertai Skim 18 YGMB pada Februari 2020 sebelum disahkan menghidap kanser lymphoma pada bulan Mac lalu selepas kira-kira dua tahun menyertainya.

“Penyakit tersebut menyebabkan saya tidak mampu bertugas sebagai guru dan terpaksa mengambil cuti penyakit kritikal selama dua tahun,” katanya ketika ditemui pada majlis penyerahan manfaat itu di sini hari ini.

Majlis penyerahan yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat disempurnakan Pengarah Pendidikan Terengganu, Abdul Muie Ngah.

Mohd. Zuhairi berkata, dia juga perlu berulang-alik ke Pusat Perubatan Subang Jaya, Selangor untuk mendapatkan rawatan setiap dua minggu.

Sehubungan itu, beliau berkata, manfaat YGMB sebanyak RM25,014.84 amat bererti bagi membiayai kos perubatannya.

“Sebahagian manfaat ini juga akan digunakan untuk pendidikan empat daripada enam anak yang masih bersekolah kerana isteri saya merupakan suri rumah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment