Translate

Wednesday, May 24, 2023

Jawatankuasa Kabinet stabil bekalan gula ditubuhkan

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kerajaan menubuhkan jawatan kuasa Kabinet bagi menjamin keberadaan bekalan gula dan kestabilan harga di pasaran tempatan.

Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, jawatankuasa tersebut berperanan merangka pelan strategik bagi memastikan isu kekurangan bekalan gula di Kelantan dan Terengganu yang berlaku baru-baru ini tidak berulang lagi.

Beliau berkata, harga gula juga akan dipastikan kekal berada pada pada paras yang tidak membebankan pengguna.

“Berdasarkan libat urus dengan syarikat pengeluar baru-baru ini, kita menerima laporan berlaku kenaikan (harga) bahan mentah dan bahan api (dalam pembuatan gula).

“Sehubungan itu, kerajaan perlu bersedia dengan pelan strategik bagi memastikan tidak berlakunya krisis gula di negara ini,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Kosmo! 3 Mei lalu melaporkan KPDN melancarkan Op Manis bagi menangani isu kekurangan bekalan gula di Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu.

Pengguna di kedua-dua negeri itu mengalami masalah mendapat bekalan gula sejak cuti perayaan Aidilfitri lalu ekoran penutupan operasi sebuah syarikat pengeluar gula tempatan.

Salahuddin berkata, jawatan kuasa Kabinet terbabit turut melibatkan tiga lagi kementerian iaitu Kementerian Kewangan, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri serta Kementerian Ekonomi.

Jelas beliau, pelan strategik bekalan gula tersebut dijangka akan dibentangkan oleh jawatan kuasa kepada Kabinet dalam tempoh sebulan. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment