Translate

Sunday, May 28, 2023

Lelaki pecah mesin ATM untuk beli dadah direman empat hari

 BESUT – Seorang penagih dadah direman empat hari bagi membantu siasatan cubaan memecahkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Jerteh di sini kelmarin. 

Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, suspek berusia 42 tahun dikatakan naik berang selepas mendakwa masih belum menerima bantuan khas kerajaan. 

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Abdullah berkata, perbuatan lelaki itu dikesan seorang kakitangan bank berkenaan pukul 6.30 petang. 

“Kakitangan bank tersebut mengesan kesan umpil pada salah sebuah mesin ATM terdapat di bank tersebut sebelum membuat semakan menerusi televisyen litar tertutup (CCTV). 

“Berdasarkan rakaman CCTV berkenaan, suspek dilihat cuba mengumpil mesin ATM sebelum meninggalkannya selepas gagal mengambil duit didalamnya,” katanya di sini semalam. 

Abdul Rozak berkata, lelaki berkenaan kemudiannya berjaya ditahan di rumahnya di Kampung Bukit Rambutan di sini semalam. 

Jelasnya, hasil soal-siasat awal, suspek mengaku mahu mengeluarkan wang tersebut untuk membeli bekalan dadah. 

“Dia sering mengunjungi bank terbabit untuk menyemak baki wang simpanannya dengan harapan bantuan khas kerajaan dimasukkan ke dalam akaunnya. 

“Namun, selepas mendapati akaunnya masih kosong, suspek nekad mahu mengumpil mesin ATM terbabit untuk membeli dadah tetapi gagal,” katanya. 

Abdul Rozak berkata, semakan mendapati suspek memiliki dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat

No comments:

Post a Comment