Translate

Wednesday, May 31, 2023

Terengganu cukup bekalan air, ada rezab 200 juta liter

KUALA TERENGGANU – Bekalan air bersih untuk kegunaan lebih 360,000 isi rumah di negeri ini dijamin tidak terjejas walaupun negara ketika ini dilanda cuaca panas ekoran fenomena El Nino. 

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu (Satu), Abdul Karim Endut berkata, sebanyak 15 loji rawatan air (LRA) di negeri ini masih berupaya membekalkan air sebanyak 1,041 juta liter sehari kepada pengguna. 

“Kapasiti pengeluaran air di kesemua LRA terbabit juga telah meningkat lebih 811 juta liter sehari berbanding 720 juta liter sehari pada tahun lalu.

 “Kita juga mempunyai simpanan air sebanyak 200 juta liter,” katanya selepas meninjau LRA Kepong 2 dan muka sauk Pulau Musang di sini semalam.

 Abdul Karim menjelaskan, sepanjang sejarah, Terengganu tidak pernah mengalami krisis air disebabkan sungai kering akibat kemarau. 

Ujar beliau, ia disebabkan negeri ini dikurniakan sungai yang sangat besar sebagai sumber bekalan air mentah. 

“Begitupun, jika ditakdirkan juga sumber air sungai mengering, kita masih mempunyai alternatif lain iaitu Empangan Kenyir (Hulu Terengganu).

 “Sekiranya berlaku gangguan bekalan air di Terengganu buat masa ini, ia sebenarnya disebabkan faktor luar jangka seperti paip pecah dan kerja-kerja penyelenggaraan di LRA,” katanya.

No comments:

Post a Comment