Translate

Saturday, February 4, 2023

Pencari daun palas jumpa mayat wanita dalam semak

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Seorang pencari daun palas tergamam apabila bertemu dengan satu mayat wanita di dalam kawasan semak berhampiran Kampung Alor Gali di sini, hari ini.

Mayat wanita yang masih belum diketahui identitinya itu ditemui pada pukul 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Md. Dris berkata, mayat wanita berusia dalam lingkumgan 20-an hingga 30-an tersebut berada dalam keadaan terlentang di dalam parit di kawasan semak berkenaan.

“Sewaktu ditemui, mayat itu lengkap berpakaian dengan berbaju lengan panjang berwarna merah jambu, dan berseluar panjang berwarna hitam selain sehelai kain juga berwarna hitam dipercayai tudung, berada di bahagian perutnya.

“Pemeriksaan awal tidak menjumpai sebarang kesan tikaman, tetakan mahupun kelar pada tubuh mangsa,” katanya di sini, hari ini.

Mohd. Zain berkata, pihak polis juga tidak mengesan sebarang kesan pergelutan dan tompokan darah di lokasi kejadian.

Tambah beliau, mayat wanita tersebut masih memakai cincin dan rantai leher namun tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai.

“Oleh kerana tiada sebarang bukti fizikal yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah ditemui, kematian mangsa setakat ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Sesiapa yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan wanita boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Marang di talian 09-6182222 untuk membantu siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment