Translate

Saturday, February 4, 2023

Suami isteri maut, tiga anak cedera kemalangan

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

MARANG – Pasangan suami isteri maut manakala tujuh termasuk tiga anak mereka cedera parah dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 41.5, Jalan Kuala Terengganu – Kuantan berhampiran Kampung Selawa, Merchang di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi itu mengorbankan Ahmad Arshah Mamat, 51, dan isterinya, Rozita Mamat, 41, yang berasal dari Kampung Bukit Depu, Kuala Terengganu.

Tiga anak mereka iaitu Muhammad Adzli Abid Muayyad, 7; Muhammad Adami Najmudden, 13, dan Nur Ain Fitriyah,17, pula cedera parah.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd. Zain Md. Dris berkata, kemalangan tersebut melibatkan empat kenderaan iaitu kereta jenis Perodua Axia dinaiki Ahmad Arshad sekeluarga, Proton Satria Neo, Perodua Myvi dan Proton Wira.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kereta Proton Satria yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu dari arah Dungun hilang kawalan akibat terlanggar lopak air.

“Kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 20 tahun berasal dari Paka, Dungun berkenaan kemudiannya terbabas lalu memasuki laluan bertentangan.

“Ia kemudiannya merempuh tiga kenderaan lain termasuk kereta Perodua Axia dinaiki Ahmad Arshad sekeluarga,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment