Oleh MOHD AZLI ADLAN
KUALA TERENGGANU – Kakitangan syarikat kerajaan negeri Terengganu, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) mengambil inisiatif bergotong-royong membersihkan Pantai Pandak di Kuala Ibai di sini hari ini.
Pengurus Besar Komunikasi Strategik dan Keselamatan EPIC, Rusdi Ngah berkata, program tanggungjawab sosial korporat itu melibatkan seramai 140 sukarelawan terdiri daripada kakitangan EPIC, sukarelawan Geng Plastik Ija (GPI) serta pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
“Program gotong-royong ini dijalankan selama tiga jam di sepanjang 200 meter pesisir pantai. Sepanjang tempoh itu, kami berjaya mengutip kira-kira 1.6 tan sampah,” katanya di sini hari ini.
Rusdi berkata, kebanyakan sampah dikutip merupakan botol minuman, pembungkus plastik makanan, pukat nelayan, tali dan cebisan gabus.
“Ssampah-sarap yang dikutip akan dilupuskan manakala botol plastik akan dikitar semula.
“Saya harap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memastikan persekitaran pantai di negeri ini kekal bersih,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
No comments:
Post a Comment