Translate

Wednesday, February 8, 2023

Banjir: 28 mangsa di Hulu Kemaman mula berpindah

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Kawasan Hulu Kemaman mula dilanda banjir pada lewat malam tadi tempias daripada bah yang sedang berlaku di daerah Kuantan, Pahang terletak bersebelahan.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat ini, dua kawasan terjejas ialah Jabor dan Kampung Air Putih di sini.

“Dua pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Jabor dan Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih sudah mula dibuka mulai pukul 12 tengah malam tadi.

“Setakat ini, 28 mangsa daripada sembilan keluarga telah berpindah masuk ke dalam dua PPS berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap JPBN Terengganu berkata, 25 mangsa daripada lapan keluarga berada di SK lembah Jabor.

Tambah beliau, Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih pula mempunyai tiga mangsa daripada sebuah keluarga.

“Setakat ini, hujan renyai yang turun malam tadi telah berhenti namun cuaca masih mendung di kawasan tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment