Translate

Thursday, February 16, 2023

Bajet 2023: Peruntukan RM300 juta baiki instruktur rosak akibat banjir

 Oleh MOHD AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah memohon peruntukan RM300 juta bagi membaik pulih infrastruktur terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Timbalan Menteri KKR, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, peruntukan berkenaan akan dibentangkan dalam Bajet 2023 pada 24 Februari ini.

“Permohonan peruntukan itu membabitkan baik pulih jalan, jambatan dan cerun yang mengalami kerosakan akibat banjir,” katanya di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur di Jenagor di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyempurnakan majlis Graduasi 142 pelatih ABM bagi kursus Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Abdul Rahman berkata, kerosakan infrastruktur berkenaaan melibatkan negeri Terengganu, Kelantan, Pahang, Perak, Kedah dan Johor.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu kerja-kerja pembaikan intrastruktur yang rosak teruk telah mula dilaksanakan menerusi peruntukan segera RM43 juta.

Selain itu, Abdul Rahman berkata, laporan terperinci berhubung insiden tanah runtuh Batang Kali, Selangor dijangka diperoleh dalam tempoh empat bulan lagi.

Jelas beliau, kerja baik pulih di kawasan berkenaan perlu dilakukan dengan teliti bagi menggelakkan insiden tanah runtuh berulang. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment