Translate

Saturday, February 4, 2023

Kes dera sampai koma, taska terlibat diarah tutup operasi sementara

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Sebuah taska di bandar raya ini yang terpalit dengan kes penderaan seorang bayi empat bulan sehingga koma disyaki dilakukan pengasuhnya pada awal bulan ini telah digantung operasi.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat berkata, operasi pusat asuhan bayi dan kanaka-kanak berkenaan telah diarah ditutup sementara sehingga kes melibatkan kakitangannya selesai sepenuhnya di mahkamah.

“Kita ambil serius isu tersebut dan mengambil tindakan tegas sebagai peringatan kepada pengusaha taska lain di negeri ini agar tidak mengulangi kes sama.

“Tidakan menutup sementara taksa terbabit diambil sebaik kita menerima makluman berhubung kes tersebut menerusi laporan polis yang dibuat pada 5 Januari lalu,” katanya di sini hari ini.

Kosmo! 11 Januari lalu melaporkan seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang baru tiga hari ke taksa berkenaan koma disyaki akibat didera.

Bayi tersebut berada dalam keadaan lemah sewaktu diambil bapanya berusia 29 tahun sebelum segera dihantar ke hospital untuk pemeriksaan pada 4 Januari lalu.

Sehubungan itu, Raja Noor Iffa Nadia Raja Nordin, 27, yang merupakan pengasuh taska berkenaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 15 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mendera bayi malang tersebut sebanyak tujuh kali mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. – KOSMO! ONLINE.

No comments:

Post a Comment