Translate

Wednesday, February 8, 2023

Banjir: Hulu Kemaman pulih sepenuhnya

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Banjir yang melanda Hulu Kemaman di sini sejak kelmarin telah pulih sepenuhnya hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, kesemua 18 mangsa daripada enam keluarga yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) pada pagi tadi telah dibenarkan pulang.

“Banjir telah surut dan mereka dibenarkan pulang ke rumah masing-masing mulai pukul 10 pagi tadi.

“Sehubungan itu, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor telah ditutup operasinya,” kataya di sini hari ini.

Jurucakap JPBN Terengganu berkata, satu lagi PPS yang dibuka sebelum ini iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih telah ditutup pada pukul 5 petang semalam.

Tambah beliau, seramai 47 mangsa daripada 14 keluarga telah terjejas dengan banjir yang melanda Hulu Kemaman tersebut.

Kosmo! Online semalam melaporkan Hulu Kemaman dilanda banjir mulai pukul 6 petang kelmarin berikutan hujan lebat dan tempias bah melanda Kuantan, Pahang yang terletak bersebelahan. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment