Translate

Thursday, February 9, 2023

Banjir: Mangsa Hulu Kemaman tinggal 18 orang

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Situasi banjir di Hulu Kemaman di sini semakin baik dengan hanya 18 mangsa daripada enam keluarga masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, mereka berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor di sini.

“Satu lagi PPS iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih telah ditutup pada pukul 5 petang semalam.

“Kesemua 22 mangsa daripada enam keluarga yang ditempatkan di PPS itu sebelum ini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing setelah banjir surut,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap JPBN Terengganu berkata, sebahagian penduduk terjejas banjir yang sebelum ini berlindung di SK Lembah Jabor juga telah pulang ke rumah masing-masing.

Tambah beliau, cuaca hari ini diramal cerah sekaligus diharap dapat memulihkan lagi banjir yang melanda kawasan berkenaan sejak kelmarin.

Kosmo! Online semalam melaporkan Hulu Kemaman dilanda banjir mulai pukul 6 petang kelmarin berikutan hujan lebat dan tempias bah melanda Kuantan, Pahang yang terletak bersebelahan. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment