Translate

Saturday, February 4, 2023

240,000 kenderaan masuki Terengganu pada Tahun Baharu Cina

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Terengganu dijangka akan mengalami kesesakan sekali ganda pada musim perayaan Tahun Baharu Cina ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, sebanyak 240,000 dianggarkan akan memasuki negeri ini sama ada pulang ke kampung atau bercuti bermula hari ini sehingga 25 Januari ini.

“Kita menganggarkan peningkatan sekali ganda iaitu 40,000 kenderaan sehari akan memasuki Terengganu pada musim perayaan Tahun Baharu Cina terutama pada 20, 21, 24 dan 25 Januari ini.

“Persiapan telah dilakukan bagi mengurangkan kesesakan tersebut menerusi penugasan 17 pegawai dan 142 anggota polis trafik di seluruh ini,” katanya di Pulau Warisan di sini hari ini.

Terdahulu beliau ditemui selepas menghadiri Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baharu Cina yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat.

Ismail berkata, sebanyak 20 kawasan panas kerap berlaku kemalangan telah dikenalpasti di seluruh negeri ini.

“Lima kawasan panas kesesakan lalu-lintas pula telah dikenalpasti antaranya Jambatan Angkat Kuala Terengganu; Jambatan Marang; Jambatan Jertih, Besut dan Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Permaisuri, Setiu,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

No comments:

Post a Comment