KUALA TERENGGANU – Seorang pekerja sebuah premis menjual tayar tidak menyangka suara tangisan yang disangka anak jiran rupa-rupanya datang daripada bayi yang dibuang di hadapan rumahnya di Kondo Rakyat Kuala Ibai di sini kelmarin.
Ahmad Fauzi Sulaiman, 28, berkata, bayi berusia tujuh hari itu itu ditemui pada pukul 6.05 petang.
Katanya, pada mulanya dia tidak perasan keberadaan bayi yang dibungkus dengan kain batik berwarna merah tersebut kerana disorokkan di bawah bangku di hadapan rumahnya.
“Selepas lima minit masuk ke dalam rumah, saya terdengar bunyi tangisan. Saya tidak hiraukan pada mulanya kerana menyangka anak jiran menangis. Bagaimanapun, suara tangisan itu semakin lama semakin kuat,” katanya.
Menurut Ahmad Fauzi, selepas diamati, dia terkejut apabila menemui bungkusan kain batik tersebut yang mengandu ngi seorang bayi lelaki yang hanya memakai lampin pakai buang dan masih bertali pusat.
Tambahnya, dia terus menghubungi polis dan tidak pasti siapa yang membuangnya kerana tiada wanita mencurigakan hamil di kawasan pangsapuri tersebut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, bayi itu kini ditempatkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi pihaknya
No comments:
Post a Comment