Translate

Friday, February 3, 2023

Ganguan air Kerteh: Bekalan air disalurkan ikut piawaian KKM

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

DUNGUN – Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memberi jaminan bekalan air yang disalurkan kepada ribuan penduduk Felda Kerteh 2 dan 3 serta Ketengah Jaya di sini yang terjejas sejak Rabu lalu menetapi piawaian ditetapkan.

Pengarah Unit Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Pengguna SPAN, Mohd. Fazil Ismail berkata, bekalan air berkenaan telah melepasi ujian kualiti air yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum disalurkan.

“Semakan SPAN mendapati bekalan air yang dibekalkan kepada pengguna di kawasan terjejas adalah bersih dan jernih.

“Bagaimanapun, mungkin terdapat bekalan air menjadi keruh disebabkan ia diisi di dalam tangki statik yang tidak dibilas terlebih dahulu,” katanya di sini semalam.

Beliau mengulas rungutan sebahagian daripada lebih 5,000 penduduk Felda Kerteh 2 dan 3 yang mendakwa dibekalkan air yang keruh dan berkeladak oleh Syarikat Air Terengganu (Satu).

Mohd. Fazil berkata, SPAN percaya isu air berkeladak seperti teh O itu cuma kes terpencil dan penambaikan telah dilakukan segera oleh Satu.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu SATU juga sentiasa memastikan keberadaan tangki statik mencukupi untuk keperluan penduduk dan peniaga di kawasan terlibat dalam gangguan air berkenaan.

Kosmo! 18 Januari lalu melaporkan penduduk Paka, Felda Kerteh 2 dan 3 serta Ketengah Jaya akan mengalami gangguan bekalan air selama seminggu ekoran kerosakan paip utama berkenaan.

Paip berukuran 700 millimeter itu patah selepas dilanggar tongkang penyelenggaraan sewaktu kerja-kerja membaik pulih struktur sokongannya dilakukan pada pukul 2 petang. – KOSMO! ONLINE.

No comments:

Post a Comment