Oleh MOHD. AZLI ADLAN
KUALA NERUS – Hakisan pantai akibat fenomena air pasang besar terus mengganas apabila memusnahkan lagi harta benda penduduk di Pantai Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini.
Dalam kejadian terbaharu pada Khamis lalu, sebahagian bangsal memproses ikan kering yang berusia 38 tahun milik penduduk pula musnah akibat dibadai ombak besar.
Pengusaha ikan kering itu, Manan Ali, 69, berkata, kerugian yang dialaminya hampir RM20,000 setelah sebahagian struktur bangsal itu musnah.
“Sebahagian dinding dan bumbung bangsal serta pangkin mengering ikan telah dihanyutkan arus deras ekoran fenomena air pasang besar itu.
“Mujur bangsal saya tidak beroperasi pada musim tengkujuh ini, kalau tidak, tak tahu apa akan jadi,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.
Manan memberitahu, sebelum ini sebuah chalet dan kafe kopi yang terletak berhampiran bangsal tersebut juga mengalami kerosakan akibat fenomena berkenaan.
Katanya, bangsal memproses ikan keringnya sudah empat kali mengalami kerosakan disebabkan fenomena air pasang besar sejak ia mula beroperasi pada tahun 1986.
“Ancaman hakisan pantai dise babkan fenomena air pasang besar pada monsun Timur Laut di Pantai Kampung Tanjung ini dilihat semakin menjadi-jadi sejak setahun lalu.
“Jika kerajaan tidak mempercepatkan projek pengawalan ha kisan, saya risau banyak lagi tanah penduduk yang akan tenggelam ke laut nanti,” ujarnya.
Pada 2 Februari lalu, Kosmo! melaporkan seorang pengusaha Chalet Bira Pantai kerugian lebih RM150,000 setelah sebahagian kawasan penginapannya yang terletak di Pantai Kampung Tanjung musnah akibat hakisan.
Abdul Wahab Othman, 63, dilaporkan berkata, struktur tangki air dan benteng pemecah ombak Chalet Bira Pantai diusahakannya rosak teruk akibat dipukul ombak.
No comments:
Post a Comment