Translate

Wednesday, February 8, 2023

Banjir: Mangsa banjir Kemaman meningkat 47 orang

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Mangsa banjir di Hulu Kemaman di sini telah meningkat kepada 47 mangsa daripada 14 keluarga.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, sebelum ini, dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi hanya mempunyai 28 mangsa daripada sembilan keluarga.

Beliau berkata, mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Kampung Air Putih telah meningkatkan kepada 22 orang daripada enam keluarga.

“Sebelum ini, PPS berkenaan yang mula dibuka pada pukul 11.30 malam tadi hanya didiami tiga sekeluarga.

“Sebuah lagi PPS iaitu Sekolah Kebangsaan Lembah Jabor pula kekal mempunyai 25 mangsa daripada lapan keluarga,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap JPBN Terengganu berkata, cuaca di Hulu Kemaman dan sekitar sudah semakin baik menjelang tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE

No comments:

Post a Comment