Translate

Monday, October 30, 2017

Wanita maut, empat ahli keluarga cedera parah, Toyota Hilux terbabas

DUNGUN - Perjalanan sebuah keluarga untuk menziarah keluarga di daerah ini dari Perlis berakhir dengan tragedi selepas seorang daripada mereka maut manakala empat lain cedera parah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 67.8, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Kuala Abang dekat sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 8.40 pagi itu, Shairani Su, 50, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah ke kepala dan beberapa anggota badan.
Dua anak wanita terbabit iaitu Wan Shazwan Alif Wan Husin, 23, dan Wan Shakir Wan Husin, 10, serta abangnya Rohimi Su, 53 dan ibu saudaranya,  Amnah Seman, 72, pula mengalami kecederaan parah. 
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Mohd. Zailani Yaakob berkata, sewaktu kejadian, kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux yang dinaiki kesemua mangsa dalam perjalanan ke rumah saudara mereka di Balai Besar di sini dari Kampung Santan Baruh, Kangar, Perlis.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan pacuan empat roda, Toyota Hilux yang dipandu Wan Shazwan Alif tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas sebelum terbalik.
"Mangsa (Shairani) yang duduk di tempat duduk penumpang belakang tercampak keluar sejauh beberapa meter dari kenderaan itu sebelum meninggal dunia akibat kecederaan parah," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment