Translate

Tuesday, October 24, 2017

APMM lancar operasi menyelamat nelayan Laos

KUALA TERENGGANU – Seorang nelayan dipercayai warga Laos dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaikinya karam pada kedudukan kira-kira 90 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu dekat sini semalam.

Timbalan Pengarah Penguatkuasaan dan Eksesais Wilayah Maritim Timur, Komander Maritim Razali Kassim berkata, Maritim Malaysia (APMM) telah menerima maklumat tentang kejadian tersebut pada pukul 11.30 pagi.

“Berdasarkan maklumat awal, bot nelayan yang dinaiki mangsa karam di lokasi kejadian pada pukul 5.30 pagi tadi (semalam).

“Sebaik menerima maklumat, APMM telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat dengan menggunakan sebuah kapal serta pesawat Bombadier yang digegaskan ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu k­enyataan di sini semalam.

Razali berkata, setakat ini, identiti mangsa dan bot nelayan dinaiki yang telah karam terbabit masih belum dapat diketahui.
“Operasi mencari dan menyelamat telah diperluaskan kepada radius 10 batu nautika dari lokasi kejadian,” katanya.

No comments:

Post a Comment