Hakim Rofiah Mohamad memerintahkan demikian selepas Mohamad Adam Chong, 46, menukar pengakuan bersalah atas pertuduhan pindaan dan pilihan pada sebutan semula kes tersebut.
Mohamad Adam yang tidak diwakili peguam mengaku salah atas pertuduhan pindaan memiliki senjata api tanpa lesen mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sebelum ini, dia menghadapi pertuduhan menunjukkan senjata api untuk melakukan kesalahan jenayah mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebatan jika sabit kesalahan.
Selain itu, Mohamad Adam turut didakwa mengikut Seksyen 392 kanun keseksaan dibaca bersama Seksyen 397 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun atau denda dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
Berdasarkan pertuduhan, Mohamad Adam didakwa merompak seorang pengurus taska berusia 44 tahun dengan bersenjatakan sepucuk pistol di dalam kereta Volkswagen Passat milik mangsa di Kawasan Perindustrian Kecil dan Sederhana Chendering di sini pada pukul 9 pagi, 31 Disember 2016.
Tertuduh juga didakwa memiliki sepucuk pistol jenis Smith and Wesson dan empat butir peluru hidup tanpa memiliki lesen sah.
Mengikut fakta kes, sewaktu kejadian, mangsa baru mengunjungi sebuah bank di Jalan Sultan Ismail di sini sebelum kereta Vokswagen miliknya tiba-tiba dimasuki Mohamad Adam dari pintu tempat duduk hadapan.
Tertuduh telah mengarahkan mangsa memandu kereta sehingga ke Kawasan Perindustrian Kecil dan Sederhana Chendering sambil mengacukan sepucuk pistol ke arah paha wanita itu sebelum melarikan wang tunai sebanyak RM6,000 dan dua rantai leher dan loket emas bernilai RM10,000.
Mohamad Adam kemudiannya berjaya diberkas polis selepas bersembunyi lebih setengah bulan di Batu Pahat, Johor pada 16 Januari lalu.
Rofiah memerintahkan tertuduh menjalani penjara 10 tahun dan 10 sebatan atas kesalahan melakukan rompakan bersenjata manakala bagi kesalahan memiliki senjata api tanpa lesen pula, hukuman penjara selama lima tahun dikenakan.
Beliau mengarahkan kedua-dua hukuman penjara terbabit dilakukan secara berasingan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Abdul Rahman.
habis
No comments:
Post a Comment