Translate

Monday, October 30, 2017

Produk Pecipta mula terjah pasaran

KUALA NERUS - Sebanyak 45 produk penyelidik institusi pengajian tinggi (IPT) yang menyertai Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (Pecipta) yang berlangsung selama tiga hari sehingga semalam akan dikomersialkan untuk pasaran pada masa terdekat.

Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Dr. Siti Hamisah Tapsir berkata, kesemua produk terbabit telah selesai menjalani proses pemadanan perniagaan dengan pihak industri sepanjang penganjuran Pecipta.

Beliau berkata, memorandum persefahaman dan perjanjian melibatkan 45 produk berkenaan telah ditandatangani antara pihak IPT dan industri.

"Saya juga difahamkan 87 produk penyelidik IPT lain juga sedang dalam proses perundingan bagi memuktamadkan proses pemadanan perniagaan masing-masing.

"Sebanyak 416 produk telah dipamerkan sepanjang penganjuran Pecipta dengan 89 daripadanya telah diiktiraf layak menerima pingat emas, 96 pingat perak dan 183 pingat gangsa," katanya selepas merasmikan penutup Pecipta di Stadium Tertutup Gong Badak di sini semalam.

Sementara itu, rekaan Glue Laminated Timber Railway Sleepers from Malaysia Tropical Heavy Hardwood oleh penyelidik Universiti Teknologi Mara, Prof. Dr. Zakiah Ahmad dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Utama.

Produk kayu landasan kereta api tersebut melayakkan Zakiah memenangi wang tunai, RM1,000 dan sijil.

No comments:

Post a Comment