Translate

Tuesday, October 10, 2017

Dua suspek menyerah diri selepas gambar disiarkan polis

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Inisiatif Polis Terengganu menyiarkan gambar individu dikehendaki polis mulai minggu lalu mula membuahkan hasil apabila dua daripada mereka tampil menyerah diri untuk membantu siasatan baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Fazlisyam Abdul Majid berkata, kedua-dua individu tersebut yang masing-masing dari daerah Kemaman dan Besut tersebut dikehendaki polis bagi melengkapkan siasatan dua kes bunuh berasingan.

"Salah sebuah keluarga di Kuala Terengganu juga tampil untuk memaklumkan perkembangan terkini ahli keluarga mereka yang termasuk salah seorang daripada 30 individu dikehendaki yang disiarkan menerusi akhbar dan media sosial, Facebook pada minggu lalu.

"Saya difahamkan mereka dalam usaha untuk memujuk individu tersebut untuk menyerah diri pada masa terdekat selain kedudukan subjek turut dijejak polis," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

Berikutan kejayaan itu, Fazlisyam memberitahu, sebanyak 50 gambar lagi melibatkan individu dikehendaki polis bagi kes mendatangkan kecederaan parah dan rogol disiarkan pula pada minggu ini bermula hari ini.

No comments:

Post a Comment