Translate

Monday, October 2, 2017

Empat wanita disamun ketika berada di puncak Bukit Keluang

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Kegirangan empat wanita termasuk dua beranak mendaki Bukit Kluang, Besut bertukar duka apabila mereka disamun dua lelaki di puncak bukit tersebut pada semalam.
Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, kesemua wanita terbabit yang berusia dalam lingkungan 21 hingga 55 tahun kerugian kira-kira RM39,800 selepas barangan berharga mereka seperti barangan kemas, telefon pintar dan wang tunai dilarikan penjenayah yang bersenjatakan pisau dan kayu berkenaan.
Ketua Polis Daerah Besut, Supritendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, sewaktu kejadian seorang suri rumah dan anak perempuannya berusia 21 dan dua lagi rakan mereka baru tiba di puncak Bukit Kluang.
Beliau berkata, dua beranak itu berasal dari Pasir Mas manakala dua rakan anak perempuan suri rumah tersebut masing-masing berusia 39 dan 24 tahun pula berasal dari Tanah Merah, Kelantan telah merancang bersama untuk menikmati panorama indah bukit tersebut yang terkenal dalam kalangan pelancong dalam dan luar negara.
"Sebaik tiba di puncak Bukit Kluang, mereka tiba-tiba didatangi dua lelaki yang memakai baju tanpa lengan dan seluar tiga suku serta menutup muka masing-masing dengan kain.
"Kedua-dua suspek masing-masing telah mengacu sebilah pisau dan kayu ke arah suri rumah itu serta mengarahkan kesemua mangsa untuk menyerahkan barangan berharga mereka sekiranya tidak mahu dirogol atau dibunuh," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment