Translate

Wednesday, October 25, 2017

Tiga lelaki Kemboja ditahan disyaki cuba curi gaharu Taman Negara Terengganu

HULU TERENGGANU - Tiga lelaki warga Kemboja ditahan penguat kuasa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) gara-gara disyaki menceroboh Taman Negara Terengganu dekat sini baru-baru ini.
Ketiga-tiga suspek yang berusia dalam lingkungan 21 hingga 42 tahun itu dipercayai memasuki kawasan tersebut tanpa permit untuk mengambil kayu gaharu, memburu haiwan liar dan menangkap ikan secara haram.
Pengarah Perhilitan Terengganu, Rahmah Ilias berkata, kesemua lelaki berkenaan telah ditahan oleh sepasukan anggota penguat kuasa Perhilitan dan Angkatan Tentera Malaysia yang sedang melakukan operasi Jaringan Operasi Penguatkuasaan Biodiversiti 1 Malaysia di Taman Negara Terengganu pada 18 Oktober lalu.
"Pasukan penguat kuasa telah terserempak dengan ketiga-tiga lelaki yang berasal dari Kemboja sewaktu sedang melakukan rodaaan di kawasan tersebut.
"Pemeriksaan menjumpai satu plastik berisi kayu gaharu, tiga beg mengandungi jaring ikan, empat beg berisi daging disyaki hidupan liar, tiga unit pencuci kayu gaharu, tiga bilah parang, satu jaring kabut dan tiga bilah kapak dipercayai milik mereka," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment