Translate

Sunday, October 29, 2017

Penduduk Kampung Paman gempar buaya tembaga bersidai di kawasan tali air

KEMAMAN - Penduduk Kampung Paman, Chukai di sini gempar dengan penemuan seekor buaya tembaga dewasa yang kelihatan timbul dan berjemur di kawasan tali air berhampiran simpang tiga perkampungan tersebut sejak seminggu lalu.
Haiwan reptilia yang dianggarkan berukuran sepanjang dua meter itu dipercayai tersesat memasuki tali air tersebut yang bersambung dengan Sungai Pinang dekat sini sejak lebih seminggu lalu.
Kali terakhir buaya tembaga itu ditemui timbul di permukaan tali air berkenaan oleh penduduk kampung pada empat hari lalu.
Seorang penduduk, Che Ku Maznah Che Engku Awang, 55, mendakwa, dia perasan kehadiran buaya tembaga tersebut sewaktu dalam perjalanan pulang dari dusun buah-buahannya pada pukul 6.30 petang, Jumaat lalu.
Dia lebih mesra digelar sebagai Mok Ku mendakwa, haiwan reptlilia itu timbul di permukaan tali air berkenaan selama kira-kira dua minit.
"Saya tergamam melibat kelibat buaya tembaga tersebut di dalam tali air tersebut yang terletak kira-kira 500 meter dari dusun buah-buahan saya.
"Sebelum ini, memang timbul desas-desus kehadiran seekor buaya di dalam tali air berkenaan yang gambarnya menjadi viral menerusi aplikasi Whatsapp penduduk kampung tetapi itu pertama kali saya melihatnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment