Translate

Wednesday, October 4, 2017

Rekod petik 24 tan cili dalam tempoh 10 jam

KUALA LANGAT – Jabatan Pertanian berjaya mencipta rekod menuai cili paling banyak dalam tempoh 10 jam apabila kira-kira 24 tan metrik cili berjaya dipetik di 130 lokasi di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan semalam.

Pengarah Bahagian Holtikultur Jabatan Pertanian, Abdul Daudberkata, rekod berkenaan telah mendapat pengiktirafan dan akan disenaraikan dalam Malaysia BookOf Records (MBOR) sebagai jumlah penuaian cili paling banyak dilakukan dalam masa sehari.

Katanya, program penuaian berkenaan melibatkan 130 lokasi penanaman cili di Semenanjung Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Labuan yang berlangsung serentak bermula pukul 7 pagi dan berakhir kira-kira pukul 5 petang.

“Secara keseluruhan, penuaian cili hari ini (semalam) melibatkan kira-kira 663,000 pokok cili.

“Daripada jumlah itu, para petani berjaya memetik kira-kira 24 tan metrik cili merah dalam tempoh 10 jam yang telah kita tetapkan,”katanya ketika ditemui selepas program Penuaian Cili Terbesardi Taman Kekal Pengeluaran Makanan di Bukit Changgang di sini semalam.

Dalam pada itu di Terengganu,seramai 17 petani turut menjayakan program menuai cili itu semalam.

Ketua Seksyen Hortikultur Jabatan Pertanian Terengganu, Noaini Mamat berkata, rekod yang dilakukan sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan tersebut menyasarkan hampir satu juta pokok cili dituai secara serentak di seluruh negara.

Beliau berkata, sebanyak 31,267pokok cili pelbagai varieti seperti cili kulai, minyak dan solok dituai di semua lapan daerah di Terengganu.

No comments:

Post a Comment