Translate

Tuesday, October 3, 2017

Dua lagi bot nelayan Vietnam ceroboh perairan negara ditahan

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Lagi bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan negara berjaya diberkas penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM).


Kali ini melibatkan rampasan dua bot nelayan Vietnam, lima tan ikan baja, satu tan ikan campur dan 22,000 liter minyak diesel yang dianggarkan bernilai kira-kira RM3 juta dalam serbuan pada pukul 6.20 pagi semalam.
Setakat ini, APMM telah berjaya menahan 21 bot nelayan Vietnam menceroboh perairan Kuala Terengganu dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM63 juta sejak awal tahun ini.
Pengarah Maritim Terengganu, Kapten Maritim Rahim Ramli berkata, kedua-dua bot nelayan asing terbabit ditemui sebuah kapal APMM yang sedang melakukan rondaan pada kedudukan 100 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu.
"Sewaktu ditahan, seramai 18 nelayan warga Vietnam berusia 19 hingga 60 tahun di dalam kedua-dua bot terbabit sedang melakukan penangkapan ikan secara pukat tunda ganding yang diharamkan di negara ini.
"Sebuah bot terbabit cuba melepaskan diri dengan memecut laju namun berjaya dipintas kapal maritim APMM kira-kira tiga batu nautika dari lokasi kejadian tidak lama kemudian," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Maritim Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment