KEMAMAN - Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dua anggota polis trafik pada Khamis lalu.
Ahmad Sufi Ismail, 29, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd. Hamdy.
Berdasarkan pertuduhan, Ahmad Sufi didakwa memandu secara berbahaya sehingga memasuki laluan bertentangan yang menyebabkan kemalangan maut membabitkan
Sarjan Mejar Abdul Hakim Samingan, 54, dan Koperal Suresh Itchang, 36.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM20,000 jika sabit kesalahan.
Kosmo! 13 Oktober lalu melaporkan dua anggota polis trafik termasuk seorang berketurunan Siam yang sedang berkonvoi dengan 23 anggota lain maut selepas dirempuh oleh sebuah lori di Kilometer 139, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dekat sini. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment