Translate

Thursday, October 26, 2017

Pengedar pil kuda dicekup polis

HULU TERENGGANU – Hajat seorang lelaki untuk mengedar dadah dipercayai jenis pil kuda tidak kesam­paian apabila rumahnya diserbu polis di Kampung Bukit Gemuroh, Kuala Berang dekat sini semalam.

Dalam operasi pukul 3.30 pagi itu, sebanyak 980 biji pil kuda bernilai RM9,800 telah dirampas.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, ketika serbuan, suspek berusia 30 tahun berada seorang diri di rumah itu.

“Sewaktu pemeriksaan di bilik tidurnya, dia cuba menyorokkan bungkusan berisi pil kuda tetapi gagal.

“Pemeriksaan menjumpai empat peket plastik biru yang setiap satunya berisi 200 biji pil kuda berwarna merah manakala satu lagi peket plastik biru turut mengandungi 180 biji pil kuda berwarna merah dan hijau,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Mohd. Adli memberitahu, siasatan awal mendapati suspek baru memperoleh bekalan dadah itu daripada pembekal dan tidak sempat melakukan pembungkusan semula bagi tujuan edaran di Hulu Terengganu.

Katanya, suspek didapati mempunyai rekod lampau berkaitan kes penyalahgunaan dadah.

No comments:

Post a Comment