Translate

Thursday, October 12, 2017

Dua anggota polis trafik maut dirempuh lori

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KEMAMAN - Dua anggota polis trafik termasuk seorang berketurunan Siam yang sedang berkonvoi dengan 23 anggota lain maut selepas dirempuh oleh sebuah lori di KM139, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dekat sini hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 2.55 petang itu, Sarjan Mejar Abdul Hakim Samingan, 54, dan Koperal Suresh Itchang, 36, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa anggota badan.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Said berkata, sewaktu kejadian, kedua-dua mangsa merupakan sebahagian daripada 25 anggota polis termasuk tujuh pegawai yang berkonvoi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun.
Beliau berkata, kesemua mereka termasuk dua mangsa itu bertugas di Bahagian Siasatan dan Penyiasatan Trafik IPD Dungun dalam perjalanan pulang selepas menjalani latihan dalam perkhidmatan di Mersing, Johor.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah lori satu tan tanpa muatan dari laluan bertentangan tiba-tiba hilang kawalan sebelum memasuki laluan konvoi pasukan polis terbabit sebelum merempuh dua motosikal berkuasa tinggi yang masing-masing ditunggangi mangsa.
"Rempuhan itu menyebabkan kedua-dua anggota polis trafik berkenaan terhumban dari motosikal berkuasa besar masing-masing sehingga mengalami kecederaan parah yang membawa kepada kematian mereka," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment