KEMAMAN - Maritim Malaysia (APMM) menubuhkan lembaga siasatan khas bagi menyiasat kes kebakaran bot milik agensi itu di Jeti Kompleks Perikanan Kampung Acheh, Sitiawan, Perak hari ini.
Ketua Pengarah APMM, Datuk Zulkifli Abu Bakar berkata, lembaga siasatan khas itu juga melakukan penyiasatan punca utama kebakaran yang memusnahkan kedua-dua bot milik agensi berkenaan.
"Saya telah mengarahkan sebuah lembaga siasatan ditubuhkan serta-merta bagi mencari punca utama sehingga menyebabkan dua bot terbabit terbakar.
"Lembaga siasatan juga akan menyediakan laporan terperinci berhubung insiden itu mengikut tempoh ditetapkan," katanya ketika ditemui pada program Gelombang Nelayan Nasional (GNN) di Pantai Kuala Kertih dekat sini hari ini.
Dua buah bot milik APMM terbabit yang diletakkan di Jeti Kompleks Perikanan Kampung Acheh didapati terbakar pada pukul 1.30 pagi semalam.
Bagaimanapun, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan pada kejadian kebakaran berkenaan. - K! ONLINE
No comments:
Post a Comment