Translate

Wednesday, October 25, 2017

Pengedar pil kuda diberkas

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

HULU TERENGGANU - Hajat seorang lelaki untuk mengedar dadah dipercayai jenis pil kuda tidak kesampaian apabila rumahnya diserbu sepasukan polis di Kampung Bukit Gemuroh, Kuala Berang dekat sini hari ini.

Dalam serbuan dalam Ops Perdana II yang turut disertai anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan pada 3.30 pagi tersebut, sebanyak 980 biji pil disyaki pil kuda yang dianggarkan bernilai RM9,800 telah dirampas.
Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sepasukan anggota polis dari Bahagian Jenayah Narkotik Hulu Terengganu dan AADK Terengganu telah menyerbu premis suspek berusia 30 tahun yang merupakan sebuah rumah kedai milik ibunya.
"Semasa serbuan, suspek tinggal berseorangan di premis itu sementara ahli keluarga telah pulang ke rumah mereka yang terletak berhampiran.
"Sewaktu pemeriksaan di dalam bilik tidurnya, dia yang panik cuba menyorokkan bungkusan yang mengandungi pil dipercayai pil kuda itu tetapi gagal kerana telah dikesan anggota polis yang melakukan serbuan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment