Translate

Saturday, October 21, 2017

Peguam Negara terima Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang UniSZA

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA NERUS - Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dianuerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang pada majlis Konvokesyen Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kesembilan di sini hari ini.
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah yang juga Canselor UniSZA berkenan menyampaikan ijazah kehormat berkenaan kepada Mohamed Apandi, 67, atas sumbangan beliau dalam perkembangan perundangan dan kehakiman negara.
Mohamad Apandi yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of London, Britain pada tahun 1972 sebelum memperoleh Bar-At-Law dari Inner Temple London setahun kemudian.
Beliau pernah berkhidmat sebagai Majistret, Pengarah Biro Bantuan Guaman Kota Bahru, Timbalan Pendakwa Raya, Penasihat Undang-Undang Kementeiran Perdagangan dan Perindustrian, peguam, Pesuruhjaya Kehakiman, Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum dilantik sebagai Peguam Negara mulai 27 Julai 2015.
Mohamad Apandi berkata, penganugerahan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang tersebut merupakan penghormatan tinggi terhadap Jabatan Peguam Negara.
"Penerimaan ijazah kehormat ini juga telah membangkitkan nostalgia kerana karier saya dalam bidang perundangan dan kehakiman bermula dengan menjadi majistret di Mahkamah Kuala Terengganu pada tahun 1973. Saya berkhidmat di Terengganu selama enam tahun, tiga tahun sebagai majistret dan selebihnya sebagai Timbalan Pendakwa Raya," katanya. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment