Translate

Monday, October 30, 2017

Kuala Nerus mula dilanda banjir

KUALA NERUS - Dua kawasan di daerah ini mula dilanda banjir hari ini berikutan hujan yang berterusan selama hampir 20 jam sejak pukul 10 pagi semalam.
Difahamkan banjir tersebut turut disebabkan oleh fenomena air pasang dan daerah ini masih mengalami hujan renyai-renyai sehingga kini.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu berkata, dua pusat pemindahan iaitu Balai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Alur Damak dan Dewan Serbaguna Mengabang Telung mula dibuka bermula pada pukul 1.21 pagi.
Beliau berkata, pemindahan itu melibatkan 62 mangsa banjir termasuk seorang daripada golongan kelainan upaya dari kedua-dua perkampungan berkenaan.
"Seramai 49 orang dari lapan keluarga telah dipindahkan ke Balai Raya JKKK Kampung Alur Damak.
"Dewan Serbaguna Mengabang Telung pula dihuni oleh 13 orang daripada lapan keluarga," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - K! ONLINE

No comments:

Post a Comment