Translate

Saturday, October 21, 2017

Selangor juara Piala Presiden

Oleh MOHD. AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU - Penantian sembilan tahun Selangor berakhir selepas sah dinobatkan juara Piala Presiden pada aksi final kedua di Stadium Sultan Ismail  Nasiruddin Shah di sini sebentar tadi.

Biar pun tewas 0-1 pada aksi tersebut, Selangor tetap gah menjulang Piala Presiden dengan agregat 2-1.

Terdahulu, Terengganu berjaya memburu gol awal yang juga jaringan tunggal perlawanan menerusi pemain tengah, Mohd. Haidhir Suhaini pada minit ke-24.

Sepakan percuma yang diambil Mohd. Haidhir berhampiran kotak penalti melencong tajam menerjah penjuru kanan gawang Selangor.

Penyerang tuan rumah, Muhd. Firas Mohd. Tarmizi hampir melebarkan gol namun gagal
 menyumbat masuk gol biar pun hanya berhadapan dengan penjaga gol Selangor, Muhammad Haziq Ridwan pada minit ke-36.

Skuad Penyu kemudiannya menggandakan serangan pada separuh masa kedua namun Muhammad Haziq yang juga kapten Selangor ampuh mengawal gawangnya.

Sebelum ini, Selangor menewaskan Terenngganu 2-0 menerusi jaringan Badrul Amin Rusalan dan Mohd. Syahmi Safari pada aksi final pertama di Stadium Selayang pada 13 Oktober lalu.

No comments:

Post a Comment