Translate

Friday, December 10, 2021

UniSZA rintis penubuhan Kor Suar


 Oleh MOHD AZLI ADLAN


KUALA NERUS – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi universiti awam pertama di negara ini yang menawarkan Kursus Kor Kadet Mahasiswa Sukarelawan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Kor Suar).

Pemangku Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Fadzli Adam berkata, kursus badan beruniform tersebut menawarkan jam kredit kepada pelajar universiti itu yang menganggotainya.

“Pelajar UniSZA yang menamatkan kursus Kor Suar tersebut sehingga semester empat bakal ditauliahkan sebagai Pegawai Integriti Remaja Bertauliah.

“Ia menjadi nilai tambah kepada mereka sebaik bergelar graduan nanti terutama dalam persaingan bagi memasuki alam pekerjaaan,” katanya selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) penubuhan Kor Suar terbabit dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki di sini hari ini.

Sementara itu, Azam berkata, penawaran kursus badan beruniform terbabit akan melengkapkan inisiatif pencegahan rasuah di peringkat universiti awam di negara ini.

Jelas beliau, sebelum ini, aktiviti pendidikan antirasuah dalam kalangan pelajar universiti hanya disebarkan menerusi Angkatan Mahasiswa Antirasuah (Amar) yang berkonsep kelab sukarelawan.

"Kewujudan Kor Suar sebagai kelab beruniform yang menawarkan kredit sebagai pelengkap syarat pengijazahan merupakan langkah berani diambil UniSZA.

“Ia mampu menyebarluaskan lagi mesej antirasuah di dalam kampus dengan UniSZA merupa perintis kepada penubuhan Kor Suar ini,” katanya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment