Translate

Tuesday, December 21, 2021

Berhenti kerja demi jaga ibu strok

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

BESUT – Demi kasih sayang terhadap ibunya yang semakin uzur, seorang lelaki sanggup berhenti kerja sebagai buruh kilang bagi menjaga warga emas itu di rumahnya di Kampung Kubang Depu, Jertih di sini.

Ramli Abdul Rahman, 45, berkata, dia yang memperoleh pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan terpaksa melepaskan pekerjaannya kira-kira tiga tahun lalu kerana ibunya, Maimunah Merah yang berusia dalam lingkungan 70-an memerlukan penjagaan rapi.

“Ibu saya nyanyuk dan menga­lami tekanan darah tinggi sejak 10 tahun lalu. Lebih merunsingkan, dia diserang strok kira-kira dua bulan lalu,” katanya ditemui di Kampung Kubang Depu baru-baru ini.

Menurut Ramli, dia yang belum berkahwin tidak mempunyai pilihan selain berhenti kerja untuk memberi perhatian kepada ibunya yang tinggal seorang diri.

Tambah lelaki itu, ibunya kini terlantar atas katil dan perlu meminum susu khas yang di­salurkan melalui hidung.

Ramli memberitahu, kos untuk membeli susu khas dan lampin pakai buang ibunya dianggarkan sebanyak RM500 sebulan dan jumlah tersebut dianggap besar bagi mereka dua beranak.

“Kami kini bergantung dengan bantuan tunai daripada Ja­batan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM250 sebulan selain ba­yaran sewa tanah sawah milik ibu.

“Saya akui terpaksa berjimat-cermat, yang penting susu dan lampin pakai buang ibu dapat tidak putus stok,” katanya

Sehubungan itu, Rahim me­rayu bantuan daripada orang ramai dalam meringankan beban mereka dua beranak.

Orang ramai yang bersimpati dengan mereka boleh menghulur sumbangan melalui akaun Agrobank bernombor 200636100027891 atas nama Ramli.

No comments:

Post a Comment