Translate

Tuesday, December 21, 2021

Banjir di Terengganu semakin surut

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Cuaca baik sejak awal pagi membolehkan banjir di Dungun surut sepenuhnya sebentar tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, kesemua 145 mangsa banjir dari Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor di daerah tersebut dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Sehubungan itu, beliau berkata, dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka sejak Khamis lalu telah ditutup.

“Oleh itu, buat masa ini, hanya daerah Kemaman yang masih terjejas dengan banjir di Terengganu.

“Seramai 155 mangsa banjir di daerah itu masih ditempatkan di enam PPS termasuk satu yang baharu dibuka tadi iaitu Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok,” katanya di sini hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, Dewan Sivik Air Putih, Kemaman paling ramai penghuni iaitu 76 orang daripada 16 keluarga.

Tambah beliau, Surau Kampung Ban Ho pula menempatkan 39 mangsa, SK Bukit Mentok (15 mangsa), Balai Raya Lubok Megat (12 mangsa), Dewan SK Lembah Jabor (sembilan mangsa) dan Masjid Tebak Batu 16 (tujuh mangsa). – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment