Translate

Tuesday, December 21, 2021

Mangsa banjir Terengganu kekal 66 orang

 

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KEMAMAN – Mangsa banjir di Terengganu kekal 66 orang daripada 14 keluarga dari dua daerah iaitu Kemaman dan Dungun.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, setakat ini, hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka iaitu masing-masing satu di setiap daerah terbabit.

“PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja dibuka di daerah Dungun dengan menempatkan 29 mangsa daripada tujuh keluarga.

“Seramai 37 mangsa daripada tujuh keluarga pula ditempatkan di PPS Dewan Sivik Air Putih, Kemaman,” katanya di sini hari ini.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, banjir yang melanda di Hulu Nerus, Setiu semalam telah surut sepenuhnya.

Beliau berkata, empat mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Kasar telah dibenarkan pulang ke rumah mereka.

“Hujan masih turun di kebanyakan tempat di negeri ini dan diramal akan berterusan sehingga esok,” katanya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment