Translate

Sunday, December 12, 2021

Kes kematian Covid-19 di Terengganu meningkat

Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Kes kematian akibat Covid-19 di negeri Terengganu menunjukkan trend kenaikan sejak tiga minggu lalu.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, ia seiring dengan peningkatan kemasukan ke wad hospital dalam kalangan pesakit Covid-19 tahap tiga hingga lima bagi tempoh sama.

“Sebanyak sembulan kematian direkodkan semalam di Terengganu iaitu masing-masing tiga kes di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, Marang (dua kes) dan Hulu Terengganu (satu kes).

“Ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 di negeri ini sejak tahun lalu sebanyak 647 kes,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Kasemani memberitahu, buat masa ini, 34 pesakit Covid-19 tahap tiga hingga lima sedang menerima rawatan di dua hospital di Terengganu.

Jelas beliau, ia merangkumi pesakit Covid-19 tahap tiga (11 peratus), tahap empat (18 peratus) dan tahap lima (lima peratus).

“Walaupun berlaku peningkatan kematian dan peningkatan penggunaan katil di hospital, sebenarnya kes positif harian Covid-19 di Terengganu tidak menunjukkan kenaikan dan masih terkawal.

“Begitupun saya menggalakkan rakyat negeri ini agar mengambil dos penggalak di samping sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) norma baharu ditetapkan,” katanya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment