Translate

Wednesday, December 8, 2021

Mangsa banjir Terengganu tinggal 39 orang

 

  • Oleh MOHD AZLI ADLAN

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir di Terengganu tinggal 39 orang melibatkan dua daerah di negeri ini.

Begitupun, jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, Kuala Terengganu menjadi daerah terbaru dilanda banjir selain Kuala Nerus.

Beliau berkata, semua Pusat penempatan banjir (PPS) di Setiu pula telah ditutup semalam setelah banjir surut sepenuhnya.

Sebuah PPS baharu iaitu Sekolah Kebangsaan Atas Tol di sini mula dibuka pada 6.30 petang semalam.

“Setakat ini, seramai 13 mangsa daripada tiga keluarga ditempatkan di PPS tersebut,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, Kuala Nerus pula kekal mempunyai dua PPS iaitu SK Mengabang Telipot dan Surau Mak Jintan.

Beliau berkata, kedua-dua PPS di daerah tersebut kini menempatkan 26 mangsa daripada lima keluarga. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment